yang pertama...
Thursday, September 03, 2009
Posted in the new me by ummu_sakinah | 0 comments
dulu SINGLE, sekarang..
Wednesday, September 02, 2009
Posted in the new me by ummu_sakinah | 0 comments
Kalimat Untuk Umat Nabi Muhammad SAW..
Wednesday, August 26, 2009
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wrh wbt..
Berikut merupakan petikan beberapa firman Allah yang ditujukan khas untuk umat Nabi SAW
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada ma'aruf
dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah" (Al-Imran:110)
"Dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat pilihan supaya kamu menjadi saksi atas perbuatan
manusia dan Rasul menjadi saksi atas perbuatanmu" (Al-Baqarah:143)
"Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berduka cita kerana kamulah
orang-orang yang tinggi jika kamu beriman" (Al-Imran:139)
"Sesungguhnya Kami telah tulis dalam kitabZabur sesudah Kami (tulis dalam) Lauh Mahfuz
bahawasanya bumi ini akan dipusakai oleh hamba-hambaKu yang soleh" (Al-Anbiya:105)
Nabi SAW juga berbangga dengan umatnya. Sabda Nabi SAW :
"Kamu menggenapkan 70 umat dan kamu adalah yang terbaik dan termulia daripada
kalangan mereka"
Kalimat-kalimat di atas merupakan kalimat-kalimat yang hebat untuk melahirkan jiwa yang hebat.
Posted in tazkirah by ummu_sakinah | 0 comments
Bidadari Seorang Mujahidin
Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktivitas luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.
Sejak dini, Lathifah menanamkan wawasan keislaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan destruktif. Ketika Imam Syahid bolak-balik keluar penjara, Lathifah berusaha bersabar dan komitmen.Lathifah sangat menyadari peran dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai istri dan ibu bagi anak-anaknya. Ia kosongkan waktunya untuk mendidik anak2nya. Ia bahagia melihat anak-anaknya sukses dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak
Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada kesah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh mendiang suaminya. Ia tetap berlaku didalam rumah. Lathifah tidahk meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Karenanya, tak heran diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.
Seorang yang tidak menambah pengetahuan keislamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keislaman yang baik, seorang wanita akan menyadari betapa penting perannya terhadap keluarga dan masyarakat. Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang.
Posted in tazkirah by ummu_sakinah | 0 comments
Letrik Yang Perlu Dijimatkan
Semalam tgk berita TV3 ada wat undian kt bawah tu "Kakitangan Kerajaan Tidak Perlu Diberi Bonus Kerana Ekonomi Merundum". Aduss..baru je bajet nk beli sofa baru da tak jadik lak. mudah-mudahan undian sms tu tak mempengaruhi kerajaan utk memurahkan hati mereka memberi bonus kpd kami ni...
Posted in ilmu by ummu_sakinah | 0 comments
I'm back after 4 years..
Monday, August 24, 2009
Posted in the new me by ummu_sakinah | 0 comments
Kalimah Yang Baik
Tuesday, August 09, 2005

Rasulllah Sallallahu'alihi Wassalam telah bersabda :
"Seorang itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah, beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan seorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah. Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hingga pada hari beliau menemui Allah." [Riwayat Malik dan Tarmizi]"
Posted in tazkirah by ummu_sakinah | 0 comments
Hidup Yang Sejati...
Sunday, August 07, 2005
aku suka penyakit kerana ia tanda penebus dosa &
aku suka kepada mati kerana aku rindukan Tuhan
- Abu Dardaa
Posted in tazkirah by ummu_sakinah | 0 comments
Peringatan untuk kita
Monday, May 16, 2005
Petikan ini diambil dari ukhwah.com.
InsyaAllah, agar semua dapat iktibar dan pengajaran daripadanya.
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada
melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum".
Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W"
dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis"S.W.T" maka kali ini kita akan kehilangan
keaslian pada satu lagi kalimahsuci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".
Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalahwajib dijawab oleh penerima
salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan
bahasa bukanArab. Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa.
Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam
pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum".
Posted in tazkirah by ummu_sakinah | 0 comments
Mampukah aku..?
Thursday, April 14, 2005
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya,
yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,
harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....
Posted in tazkirah by ummu_sakinah | 0 comments
Dia Kekasih Kita..
Wednesday, February 23, 2005
Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
tiada selain dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun
akan tetapi..
dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun
“Ya Tuhanku! tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-MU
supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-mu.”
“Jika aku menyembah-MU kerana takut daripada api neraka-MU
maka bakarlah aku di dalamnya! dan jika aku menyembah-MU
kerana tamak kepada syurga-MU maka haramkanlah aku daripadanya!
tetapi jika aku menyembah-MU kerana kecintaanku kepada-MU
maka berikanlah aku balasan yang besar,
berilah aku melihat wajah-MU yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
“Ya ALLAH! ampunilah aku.
sesungguhnya hanya engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
hanya kasih-MU yang abadi dan hanya hidup di sisi-MU sahaja yang berkekalan.
selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”
by ummu_sakinah | 0 comments
Kasih Sayang 4JJI
Friday, January 28, 2005
Sahabat,
JIka engkau memandang segalanya dari ALLAH,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakitnya hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusah-nyusahkan kehidupanmu,
pasti akan damailah hatimu
Kerana..
masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan
segalanya untuk suatu yang sia-sia..
Bukan ALLAH tidak tahu akan derita hidupmu,
pecahnya hatimu...
tapi mungkin untuk menguji
sedalam mana pengorbananmu untukNYA..
Juga kerana DIA tahu,
hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak,
dan lebih mudah akrab denganNYA..
by ummu_sakinah | 0 comments
Redha Rabbi Yang Kita Cari
Wednesday, December 22, 2004
kita pengembara...musafir berkelana
melayari arus kehidupan...mencari redha Tuhan
andai hanya berkolek dan bersampan
terasing terpisah dek berbeza fikrah
mana mampu badai gelora ditawan
mana mungkin arus gelombang ditundukkan
andai mahu menghadapi ganasnya samudera
bahtera perlu gagah perlu perkasa
anak-anak kapal perlu sehati sejiwa
saling bekerjasama mengemudi bahtera
kerana sesungguhnya...kita ini bersaudara
menyembah Tuhan yang Esa
mengadap qiblat yang sama
kita insan sering alpa tiada sempurna
lalu...kejutkan saudara dari terus dibuai lena
berganding bahu... kita perbaiki apa yang ada
berkasih sayang...saling ingat memperingatkan
saling berpesan...dengan kebenaran dan kesabaran
di depan sana...ada sinar kemilau penunjuk jalan
bersama beriringan ke satu arah matlamat tujuan
mungkin masanya telah sampai kini
untuk kita saling bersatu hati
saling memahami saling bertoleransi
kembara duniawi yang cuma seketika ini
akan lebih memberi makna dan erti
andai REDHA RABBI YANG KITA CARI
by ummu_sakinah | 0 comments
Musuh Iblis..
Thursday, September 23, 2004
Pada suatu hari,Rasulullah SAW bertemu dgn iblis lalu baginda bertanya kpdnya, "Siapakah org yg paling engkau benci?" Jawab iblis, "Aku benci kpd 20 jenis umatmu".
Engkau sendiri wahai Muhammad
Org yg beramal dgn ilmu
Org yg mengamalkan isi ajaran al-Quran
Org yg melaungkan azan utk solat fardu
Org yg mengasihi org miskin dan anak yatim
Org yg penyayang
Org yg tunduk pada kebenaran
Org muda yg taat kpd Allah SWT
Org yg menjaga makanannya(makanan halal)
Org muda yg saling berkasih sayang kerana Allah SWT
Org yg solat berjemaah
Org yg solat Tahajjud
Org yg menjaga dirinya drpd perkara haram
Org yg menasihati saudaranya dgn ikhlas
Org yg sentiasa mengekalkan wudhuknya
Org yg murah hati
Org yg berakhlak mulia
Org yg yakin dgn jaminan rezeki drpd Allah SWT
Org yg berbuat baik terhadap janda(menjaga kebaikan mereka)
Org yg bersedia utk mati
Kesimpulan:Maka sesiapa di antara kamu yg menjadi musuh kpd iblis,maka bersabar dgn segala gangguan jahat tetapi berbahagialah kamu menjadi umat Muhammad SAW di akhirat nanti kerana Nabi SAW juga menjadi musuh iblis.Jika sesiapa diantara kamu menjadi sahabat kpd blis,maka berbahagialah kamu di dunia,sengsaralah di akhirat dan kamu bukan dari umat Muhammad SAW.
by ummu_sakinah | 0 comments
Sembahyang...
Wednesday, September 08, 2004
" Apabila seseorang hamba sedang berdiri di dalam sembahyang, Allah SWT mengangkat tirai yang menghalang antara Dia dan hambaNya itu, lalu Ia pun menghadapi dengan wajahNya.
Malaikat berbaris, mulai dari kedua bahunya sampai ke langit, bersembahyang mengikuti
sembahyangnya dan mengucapkan amin atas doanya.
Dan sesungguhnya seseorang yang sedang sembahyang ditaburi kebajikan dari puncak langit sampai garis pembatas rambut di kepalanya. Disaat itu akan terdengar suara :
Sekiranya hamba yang sedang bermunajat, nescaya ia tidak akan menoleh ke arah manapun. Dan sesungguhnya pintu-pintu langit terbuka bagi orang-orang yang bersembahyang sedang Allah menunjukkan kebanggaanNya di antara para Malaikat berkaitan dengan hambanya yang sedang bersembahyang " - HADIS
by ummu_sakinah | 0 comments
Perjuangan (Khas utk Sahabat Seperjuangan)
Wednesday, August 25, 2004
by Saff One
Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerunkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya
Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda
Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang
Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan
Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa
by ummu_sakinah | 0 comments
Memilih Pasangan Hidup
Tuesday, August 24, 2004
Assalammualaikum….
Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk
meminang dan berkahwin.
Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.
Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidakmembawa kepada pernikahan.
Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat
nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.
Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai
bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.
Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan
berbagai-bagai lagi. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan
merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik.”
Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
“Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.”
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.
Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh
kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan
kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti
mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan
saleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.
Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang
tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita salehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:
“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian
dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.”
Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang saleh ini telah jelas
dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:
“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya
ialah seorang isteri yang salehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik
kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.”
Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang salehah.
Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.
Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti
berakhlak lemah fikiran dan akal.”
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.
Rasulullah saw bersabda:
“Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya.”
Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan
berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang saleh dan salehah.
Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.
Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai
perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.
Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:
“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”
Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di
situlah letaknya kekuatan agama Islam.
Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia
menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia
tinggalkan.”
Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.
Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.
Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.”
“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”
Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada
yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt
pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.
~zaujah_mutiara~
by ummu_sakinah | 1 comments
Maafkan Teman
Wednesday, August 11, 2004
by Far East
Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini...
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....
by ummu_sakinah | 1 comments
Enam Pesanan Untuk Muslimah
Saturday, August 07, 2004
oleh Ulama' Muktabar
1. Jaga solat pada awal waktu
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat,
kenaduduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zamanNabi saw
sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg solehyg mendoakan
kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat
Kalau takmampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga sayatak dapat
nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga darisyurga untuk
wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan
menjadi zikir mohon keampunankepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaahdi Masjid/Surau
akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuksolat dia sendiri.
Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlahbersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini
masukdalam hati kita dan mudah nak amalkan.
~zaujah_mutiara~
by ummu_sakinah | 0 comments








